Jan 17, 2005

16 JAN 2005

Aku baru balik dari program keusahawanan (Empress Hotel, Sepang) Alhamdulillah, banyak yg aku dapat (ilmu dan pengalaman) Maklumat yg kukumpul sejak modul 1-5 kini, harapnya bakal menggerakkan aku ke arah impian masa hadapan.

Kali ni..aku dapat kongsikan banyak perkara dgn teman2 ku sementelah, penceramah sumenya sporting dan mengalukan pandangan dari kami. Perbincangan kali ni banyak berkisar tentang pengurusan, kepimpinan dan tak banyak sentuh pasal bisnes secara total..banyak melibatkan diskusi ttg etika dan tanggungjawab. Aku mmg suke. Ilmu, teori dan pengalaman yg dapat aku luahkan..nikmat menuntut ilmu dan kepuasan meneroka alam al Khaliq. Kongsi bukan utk aku bermegah..semakin mengenal, semakin kerdil rasanya diri ini.

LKs...Kami kena buat praktikum, aku ingat nak pilih konsultan. Memang aku minat nak buat konsultan tapi jauh di sudut hati, aku belum merasa kepuasan lagi utk menetapkan hala tujuku. Ada yg kuranglah..ape ye? Ermm..selagi tak masuk ke jalan ini, maybe tak nampak apa yg kurang dan lebihnya. Allah lebih tahu apa yg terbaik buatku.

p/s: LKS terakhir..aku pasti rindukan sahabat seperjuangan, cita-cita dan impian yg akan kami juangkan. Semoga kalian berjaya wahai kalian yg aku kasihi. Kenangan menjadi ketua, sahabat dan teman..begitu aku hargai. Trimas utk segalanya.

No comments: